perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Alahai lelaki!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Alahai lelaki!   Thu Jun 18, 2009 10:59 am

"ISTERI saya tak pandai memasak, tak pandai bergaya dan yang paling saya marah, dia tak nak dengar saya cakap," kata seorang teman lama apabila ditanya mengapa dia curang dan mempunyai teman wanita baru.

Walaupun kata-katanya menimbulkan kemarahan di kalangan rakan-rakan lain, terutama yang mengenali isterinya yang begitu setia bersamanya ketika susah dan senang, kami biarkan saja kerana tiada guna bergaduh dengan orang yang sudah mabuk cinta.

Orang kata, apabila sudah jatuh cinta semuanya indah belaka. Tiada yang buruk dan tiada yang busuk. Begitu juga ketika dia bertemu dengan isterinya, kira-kira 20 tahun lalu sehingga mereka berkahwin selepas masing-masing tamat pengajian. Ketika itu wanita berkenaan sajalah yang bertakhta di hati, sehingga lautan api sanggup direnangi.

Rumah tangga mereka bertahan selama 15 tahun, tetapi kini hebat berantakan sejak kehadiran seorang pekerja baru yang cantik manis di pejabatnya. Bukan hendak mencari kesalahan sesiapa, jauh sekali menyalahkan wanita berkenaan yang baru hadir dalam hidup teman tadi kerana jika bertepuk sebelah tangan, tidak mungkin berbunyi.

Kisah kehadiran orang ketiga yang menjejaskan rumah tangga perkara lazim dalam masyarakat kita. Namun, yang menyedihkan apabila wanita juga yang sering dipersalahkan, terutama wanita yang digelar orang ketiga kerana dikatakan merampas suami orang, manakala isteri pula dikatakan tidak tahu menjaga suami dan membuka aib suami apabila bercerita kepada orang lain.

Insan yang selamat, tentunya si suami yang hanya dikatakan mangsa keadaan kerana jatuh cinta sekali lagi selepas dikecewakan dengan sikap isterinya yang dikatakan tidak bijak bergaya, berbau busuk sehingga memalukan dirinya. Itupun, biasanya hanya berlaku selepas bertahun-tahun hidup bersama isteri, anak sudah lima, enam orang, barulah tidak tahan dengan keburukan isteri.

Hakikatnya, lelaki akan mencari 1,001 kesalahan isteri apabila cinta sudah beralih arah. Lupa segala kenangan pahit manis ketika bersama dulu, malah ketika itu lupa segala keperitan dan pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata, selain bersengkang mata menguruskan rumah tangga sendirian demi memberi ruang kepada suami untuk berehat.

Contohnya begitu banyak berlaku hari ini, tidak sekadar lelaki biasa yang tahap keimanannya ala-ala saja, bahkan lelaki yang kononnya boleh dijadikan role model, berceramah di sana-sini mengenai agama turut melakukan perkara yang menjengkelkan itu.

Lebih memualkan apabila menggunakan kuasa sebagai suami dengan mengisytiharkan kemarahan kerana isteri keluar rumah tanpa izin, kata-kata yang boleh disifatkan sebagai cubaan melindungi diri walaupun orang kata, sudah terang lagi bersuluh, kesalahannya.

Wanita mana yang tidak marah jika suami sudah lama tidak pulang menjenguk isteri dan anak-anak tanpa khabar berita dengan alasan terlalu sibuk, tetapi mempunyai masa pula untuk menonton wayang dan bersantai bersama teman wanita di tepian pantai.

Tidak pernah mengabaikan duit nafkah bukan alasan terbaik kerana sebagai seorang yang tahu hukum agama, pastinya insan seperti selebriti berkenaan tahu peranan seorang suami bukan sekadar menyediakan duit untuk perbelanjaan rumah, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak.

Membesarkan anak bukan tugas isteri semata-mata, kerana sebagai khalifah dalam keluarga, suami juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kehidupan si anak disuburkan dengan pendidikan rohani terbaik yang lazimnya, bapalah contoh dan penasihat terbaik.

Malangnya, ada lelaki (bukan semua) yang tidak menganggap peranan bapa sebagai tanggungjawab dan amanah yang begitu besar. Ada bapa yang enggan menjenguk anak daripada perkahwinan pertama, malah ingin melupakan langsung keluarga pertamanya kerana lebih memberikan tumpuan kepada isteri baru yang dikatakan lebih memahami dan bijak menguruskan rumah tangga berbanding isteri pertama dulu.

Bagi mereka, lelaki boleh melakukan apa saja kerana mereka lelaki. Namun, dalam kesibukan mengejar cinta, mereka lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya lebih diutamakan, iaitu anak-anak.

Hari ini, kita lihat gejala sosial yang melanda remaja semakin menjadi-jadi. Kes rempit, bohsia, lepak, hamil luar nikah, berzina dan banyak lagi semuanya membabitkan remaja dan kajian menunjukkan kebanyakan golongan muda yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu datang daripada keluarga yang berantakan, ibu bapa bercerai atau bapa yang berpoligami.

Kemelut rumah tangga antara dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan. Rumah tangga mana yang tidak mempunyai masalah, tetapi yang membezakan sesuatu pasangan itu dengan pasangan suami isteri lain ialah bagaimana mereka menghadapi dugaan hebat itu.

Ada pasangan, tidak kira si suami mahupun isteri, memilih untuk mencari jalan penyelesaian dengan lari daripada kemelut dihadapi dengan cara mudah, iaitu perceraian. Antara punca yang membawa kepada perceraian itu sudah tentunya mencari cinta baru yang diharap dapat mengisi kekosongan jiwa.

Tetapi, ada juga yang bijak dan berani berhadapan dengan masalah dihadapi serta cuba memperbetulkan keadaan bagi menyelamatkan rumah tangga dibina.

Nasihat seorang teman yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, saya titipkan di sini. Katanya, lima tahun pertama berkahwin adalah waktu untuk mengenali hati budi pasangan, termasuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua, manakala tempoh lima tahun berikutnya ialah waktu mencari keserasian dalam hidup bersama pasangan.

Bagi setiap lima tahun itu, setiap pasangan akan diduga hebat dengan pelbagai permasalahan dan jika kedua-duanya tidak cuba mencari keserasian serta tidak sanggup menerima kelebihan serta kekurangan pasangan masing-masing, maka hancurlah masa depan mereka.

Orang kata, perkahwinan itu umpama retak menanti belah. Perceraian boleh berlaku pada bila-bila masa, mungkin hari ini, esok mahupun 10 tahun akan datang bergantung kepada 'alasan' yang akan menjadi punca kepada perceraian berkenaan.

Tetapi, jika mampu mengharungi 10 tahun pertama dalam pelayaran yang penuh ketidaktentuan itu dan berjaya mencari keserasian, insya-Allah perkahwinan akan berkekalan. Pilihan berada di tangan anda, jangan ikutkan hati yang panas, kelak sendiri yang menyesal kemudian hari.
Back to top Go down
View user profile
 
Alahai lelaki!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.