perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 tak mampu menipu...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: tak mampu menipu...   Wed Jun 17, 2009 3:42 pm



mmg aku tak mampu nak menipu tuan haji!!!!

pagi tadi aku ada makmal kaunseling kelompok. tuan haji mintak dua orang kawan aku jadi fasilitator/kaunselor untuk pelajar2 kelas kami. tuan haji gunakan kelompok berstruktur, iaitu kelompok kaunseling yang menggunakan alat untuk memproses setiap ahli dalam kumpulan kelompok tu.

hmmmm....

panjang aku mengeluh ni sebenarnya. kadang2 aku rasa aku lagi suka jadi kaunselor daripada jadi klien. tak semudah tu nak meluahkan perasaan pada orang lain, terutama apabila emosi tak stabil. jadi aku paham kata2 kawan aku andai mereka tidak mahu meluahkan perasaan mereka. ini disebabkan, setiap kali luahan perasaan dilakukan... yang empunya diri akan merasai kesakitan yang teramat sangat... yang sukar untuk digambarkan dengan kata2.

macam tadi...

masa dalam sesi kaunseling kelompok, tugas pertama dalam kelompok ialah, kawan aku meminta kami semua tuliskan motto (pegangan) hidup dan melukis logo yang menggambarkan kehidupan kami. aku memilih untuk meletakkan ayat "datang tak diundang, pergi tak kembali" sbg motto dan aku melukis gambar pelangi. di sebalik gambar pelangi ada segumpal awan, dan tiga ekor burung sedang terbang.

aku rasa takot apabila ditanya untuk menerangkan semua tu. bukannya apa.. aku susah nak percaya kawan2 kelompok aku lagi. terlalu awal untuk aku mendedahkan masalah dan situasi sebenar aku.

tapi aku tak mampu menipu!!!!

aku tak mampu nak menipu tuan haji yang terlalu memahami...

semasa dalam sesi latihan kelompok, tuan haji menegur kawan aku, supaya memerhatikan setiap tingkahlaku, pergerakkan tubuh, kata2, dan nada suara setiap orang. selain itu, apa perkara yang tidak disentuh oleh ahli kelompok, fasilitator boleh bertanya mengenainya.

apabila aku bentang motto "datang tak diundang, pergi tak kembali" ada yang tanya,

"apa maksud datang tak diundang tu kakde?" (kakde - panggilan aku dalam kelompok ni)

dan aku jawab... "biasanya kakde jenis susah nak berkawan. suka buat hal sendiri. dan kalo berkawan pun... biasanya bersebab. macam kebetulan satu persatuan, ataupun sebab nak buat esemen.. macam tu."

soalan lagi diajukan.. "kenapa pergi tak kembali?"

dan aku jawab... "kakde sebolehnya sabar dan tahan dengan sesaper yang rapat dgn kakde. macam mana perangai dia pun kakde cuba tahan. tapi sekali kakde dah buat keputusan untuk pergi, kakde takkan kembali lagi. good bye. hahaha." aku ketawa. aku ketawa sbb ingin menahan air mataku yang sudah mula bergenang.

soalan... lagi.. "kakde takde kawan ke kat kolej nih? kolej nih kan ramai kawan?"

jawapan aku.. "kawan tu mmg ramai. merata2 ada kawan.. tapi teman.. yang boleh paham kakde, terima diri kakde.. susah nak cari."

ada lagi soalan.. "di sebalik pelangi tu ada gumpalan awan. kenapa kakde letak gumpalan awan tu? macam nak bersembunyi dan menyorok sesuatu je?"

aku jawab.. "sbb kakde belajar daripada pengalaman. kita takleh nak tunjukkan semua benda pada orang. ada benda yang perlu disorok."

soalan lagi (mmg banyak aku kena tanya nih..) "kat situ ada burung. kenapa 3 ekor je burung?"

aku pun pening pale. ye tak ye ek? apsal aku lukis tiga?

"entahlah. kakde tak tau. minda bawah sedar kot ni. tak tau kenapa ada 3 ekor burung je ni."

setelah abes aku beri penerangan, tuan haji mencelah.

"kalau tengok tadi, kakde ada citer pasal biler dia tak tahan dgn kawan2 dia.. dia akan tinggalkan kawan2 dia. patutnya sedih.. tapi dia ketawa plak. fasilitator patutnya peka dengan keadaan tu. boleh confront.. tanya dia... benda tu macam sedih kakde, kenapa kakde ketawa? tu boleh meneroka lagi diri ahli kelompok tu."

muka aku dah berubah. aiseh... ada saje tuan haji nih. mmg dah nak nanges pun rasa. dan aku rasa tuan haji perasan dengan perubahan wajah aku, pastu dia pun sambung kata2 dia..

"banyak benda boleh teroka tentang gambar kakde tadi. macam dia lukis pelangi. pelangi kan warna-warni, penuh dengan keceriaan. maksudnya kakde ni jenis sukakan warna-warni kehidupan. warna-warni juga boleh menggambarkan kakde sorang yang berseni, kerana sukakan banyak warna. burung yang kakde lukis, burung melambangkan kebebasan. itu menunjukkan kakde mmg ingin bebas. gumpalan awan tadi.. banyak lagi yang boleh diteroka dengan gambar tu."

sambung lagi.."tapi diingatkan ye.. kalo ahli tak bersedia nak cakap.. jangan paksa dia, k? mungkin benda tu berat sangat untuk dia kongsikan. fasilitator kena kawal ahli kelompok ni supaya mereka tidak agresif dan mendesak ahli yang tak mo citer."

uwaaa... sekarang baru aku nak nanges... emosi aku tak stabil seminggu ni. tiba2 plak kena buat kaunseling kelompok. kalo kaunseling individu takper lagi.. dgn tuan haji sorang je. nih dgn kawan2 kelompok... aku masih susah nak percaya dia orang lagi.... sbb dah banyak kali terkena dgn manusia yang tikam belakang nih..

sedih.. sedih sangat2...

mmg betoi cakap tuan haji.. kaunselor nih ada satu kekuatan di mana manusia lain seolah-olah berada dalam kawalan tangannya.

mmg..

aku tak pernah mampu nak menipu...

sipu aku..tuan haji munaim.
Back to top Go down
View user profile
jimbet_______.sin4
Site Admin
Site Admin


Posts : 206
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : tmn astakona

PostSubject: Re: tak mampu menipu...   Sun Aug 16, 2009 3:33 pm

tuan haji abdul munaim tu pon ade kelemahan die .. x percaye ?? tanye die mase die berkhidmat kt sekolah menengah kebangsaan sungai besi .. ade seorang pelajar die yg die sndiri x mampu untuk menyelami .. perasaan yg terselindung dlm hati pelajar die tu .... perubahan pelajar die tu terlalu sukar untuk die dekati ... masih sukar untuk berkongsi .. sampai die penah bg pelajar die tu pukul patung belon dlm pejabat die untuk lepaskan tekanan ... dan pelajar die tu ... bukan bdk2 yg sebarang kire antara yg cemerlang dlm akademik .. tp syg terlalu banyak permasalahan peribadi ...

tapi aku memang respek tuan haji munaim tu .. sebab die seorang yg cool .. sgt bertolak ansur .. hm .. susah nk cari cikgu yg macam tu ..

p/s kalau betul la tuan haji abdul munaim tu yg aku maksudkan ...
tanya la die .. itu pon kalau die masih ingt pelajar tu .....
Back to top Go down
View user profile http://www.klgc-3.forumotion.com
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: tak mampu menipu...   Sun Aug 16, 2009 4:57 pm

tuan haji bakhil ?

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: tak mampu menipu...   Sun Aug 16, 2009 7:33 pm

mana ada manusia sempurna bet oi... biasalah... ada sesetengah masalah tak mampu untuk dia bantu... dia pun manusia biasa.... masalah peribadi salju sendiri pun dia checkmate nak tolong..

tapi apa yang dia boleh buat... dia menemani salju, mendengar rintihan hati salju.. dan terus bagi bantuan motivasi pada salju..

yang pelajar cemerlang tu... aku rasa aku pernah dengar kes yang dia cakap.

tapi keje kaunselor menyelami perasaan, dan memberikan kesedaran pada klien. yang menentukan jalan hidup dia.. adalah klien itu sendiri. kaunselor cuma membantu.

ibarat klien nak makan ikan.. keje kaunselor bagi pancing kat klien... dan ajar cara2 nak memancing.

tapi kalo orang tu pun tak mo mancing.. malas nak mancing.. jgn tak pun terlalu takut dan pobia dgn pancing tu.. kaunselor akan terus bagi semangat... terus bagi motivasi. tapi kalo dah sampai sudah pun tak mo gak.. apa daya kaunselor lagi?

lagipun.. Allah s.w.t. sendiri ada berfirman yang maksudnya lebih kurang.. Allah s.w.t hanya memberi jalan dan petunjuk kepada manusia yang ingin mencari kebenaran. tetapi apabila manusia itu ingin terus kekal menutup pintu hati mereka... maka neraka jahanamlah jawabnya.

dan Allah s.w.t pun ada berfirman,

"tidak Allah s.w.t kepada manusia melainkan apa yang termampu olehnya."

maksudnya... yang boleh setel masalah klien itu adalah klien itu sendiri. kaunselor cuma membantu, bagi semangat, bagi motivasi, dan bagi petunjuk jalan.

the rest is up to the client. sama ada nak terus selesa dalam keadaan diri sekarang, ataupun bermula dengan hidup baru, semangat baru dan bergiat lebih lagi.

mungkin orang akan cakap..

"ko cakap senanglah.. ko tak paham masalah aku..."

jadi kaunselor akan cuba memahami.... mendengar rintihan hati anda.

biler dah kaunselor paham... apa lagi yang anda mahu?

lakukan perubahan dalam idup anda.

satu lagi... etika kaunselor, kaunselor tidak akan memanjakan kliennya dan tidak akan membuatkan klien itu bergantung dengannya. sampai pada satu ketika.. kaunselor akan melepaskan klien dia untuk klien itu mengurus kehidupannya sendiri.

tapi kalo jumpa kaunselor banyak kali pun.. sampai dah bertahun2 (biasanya sesi kaunseling dalam tempoh beberapa bulan.. paling lama dalam setahun lebih). masalah tak setel2 lagi...

sumthing wrong sumwhere ler tu..
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: tak mampu menipu...   Mon Sep 07, 2009 8:22 pm

hmmm...nak celah gak la ni..leh x...sedeyla salju... pi shah alam ari tu x dapat jmpe t.haji...sy nak sngt jmpe dia..tapi pe2 pun puas hati gak dpt selesaikan keje jmpe ngn kaunselor tu...sesi kaunseling yang sempoi je..aku x ada masalah??mcm x caye
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: tak mampu menipu...   Today at 3:06 pm

Back to top Go down
 
tak mampu menipu...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.