perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: 9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA   Mon Jun 15, 2009 10:19 am



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul
lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang
untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang
pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang
tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..**
Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun
tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja
banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan
orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia
akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn
aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,
...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.
Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia
merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi
dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut
kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi
mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau
biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi
andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu
sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
 
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.