perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Sun Jun 14, 2009 7:38 pm

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber..dating.. sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu.

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.



Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber..cinta.. seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman. Aduh! Saya menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini. Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal. Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.






Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling). Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini) . Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.




Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber..boyfriend.., maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber..boyfriend.. itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?



Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya. Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan yang diijabkabulkan sepanjang cuti ini. Tahniah dan selamat menempuh alam baru!
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 10:48 am

hehehe...

nak bahas pasal cinta, kawen semua nih sampai 10 tahun pun tak abes2.

cuma bagi aku ler.. kalo nak bercinta jaga batas.

kalo rasa tak mampu jaga batas... jangan bercinta...

kalo teringin sangat nak bercinta dan tak mampu jaga batas.. cepat2 ler kawen..

kalo takde sesaper nak pinang (pempuan) atau tak cukup duit nak kawen (lelaki) maka berpuasalah...

Islam dah letak semua panduan dan cara. cuma kita ni.. sama ada kuat nak ikut.. ataupun tidak...

sama2lah muhasabah diri. dan aku sendiri mengaku.. aku pun tak beberapa mampu.. dan aku pun tak setabah itu dalam menangani isu cinta dan perkahwinan nih...

wallahualam..

Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 11:25 am

kalau asek basah je macam mana salju ?

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 12:37 pm

pose ler panx oi... tu pun mau tanya ka? adoi...

ingat dia sorang je ker ada masalah camtu...

ada orang yang dah kawen pun kena pose gak tau... .... tak caya tanya orang yang dah kawen.... kan macan.. kan kan?
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 1:51 pm

betul tu salju pose ni lg seksa dari pose di bln ramadan pose ni lama kit berbuka elakkn ngok bnda yg membuatkn kesetiman bhsa pe aku guna ni tau dewan bsha & pustaka mau kena aku ni lariiiiiiiii cabuttttttttttttttt ...panx klu basah lap je ngan mop merokok jap la

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
jimbet_______.sin4
Site Admin
Site Admin


Posts : 206
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : tmn astakona

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 1:55 pm

aku terasa makin ari da makin jauh korang suma melalut ni ...
ni sume try ker per adess... mcm2 la .... lau topik2 camni xpon yg x kene mengene pon bole melencong ke arah yg xde kene mengene langsung ... :-w
x paham betul aku

_________________________________________________
Back to top Go down
View user profile http://www.klgc-3.forumotion.com
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Mon Jun 15, 2009 1:57 pm

macan. wakakaka

meh aku betoikan bahasa yang salah tuh..


Quote :
elakkn ngok bnda yg membuatkn kesetiman

bahasa betoinyer ialah:

"elakkan daripada melihat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairahan"



jangan bahasa je yang betoi.. tapi yang tu tak beberapa betoi..tak guna gak.. jgn

adoi.. apalah aku merepek nih... lari tajuk ka? : cabuttttttttttttttt nanti panx tangkap cabuttttttttttttttt



p/s rajin2kan pose dan solat sepertiga malam untuk mengurangkan keghairahan anda... harap maklum
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Tue Jun 16, 2009 8:08 am

cinta tu perlu..klu tak idup sunyi je... tp klu couple tu..jaga la batas2nya..mcm panx tu mmg dh patut kawen pun asyik basah je
xde bofpren or gepren bkn sbb jual mahal...zmn skg ni kena hati2..klu dulu tak jumpa atau tak dating..xpe gik sbb situasi wktu tu ala2 tradisional..lelaki pmpuan msh ada adab2 tp skg ni kena amik masa yg lama tuk kenal sesorng tu..zmn skg dh ala2 trendy huhu bkn saje kurang adab..tak beradab pun ade huhu.. kene memilih la jwpnya tp dlm pilih2 pun ade gak tersalah pilih cinta tu abstrak
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??   Today at 9:45 am

Back to top Go down
 
Bercinta Ke Nak Jual MAHAL?? Rasa2 Anda Mcm Mana EK??
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Zee TV’s Asad, Zoya to say ‘Qubool Hai’ at the Taj Mahal
» it's A Taj Mahal wedding for Asad and Zoya :Zee
» SBS Qubool Hai segt 15Feb14 "Asad builds Taj Mahal for Zoya"
» Are u ready for JODHA MAHAL??
» Brazilian raintree (before and after)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.