perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Perjalanan Ke Hidayah Allah Bangkit Kembali...!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: Perjalanan Ke Hidayah Allah Bangkit Kembali...!!   Fri Jun 05, 2009 6:47 am

Assalamualaikum w.b.t..


Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah S.W.T atas kesempatan yang diberikan oleh-Nya untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.Sememangnya tanggungjawab yang digalas amat berat untuk dipikul memandangkan diri ini masih teraba-raba mencari keredhaan-Mu Ya Allah! Berikanlah ku kekuatan untuk menghadapi musuh-Mu yang nyata mahupun tersembunyi..





KEM GENERASI HARAPAN PEMANGKIN KEKUATAN IMAN...



Sudah beberapa hari saya tidak mengimarahkan blog ini dengan artikel-artikel terbaru yang bermanfaat dan insya'Allah blog ini tidak akan dibiarkan usang dihimpit kesibukan dek kepentingan diri."Kehilangan" saya buat seketika bukanlah bermaksud saya memencilkan diri atau sudah cemuih(bosan) di jalan Allah ini tapi ada majlis ilmu yang bertindak sebagai taman syurga di akhirat kelak yang perlu di utamakan..


Alhamdulillah majlis ilmu yang diberi nama Kem Generasi Harapan yang diadakan di Kem Murni,Gopeng ini berjalan dengan lancar dan selamat berkat lindungan Yang Maha Esa..Segala aktiviti yang telah disusun dan dirancang dapat diterjemahkan ke bentuk ilmiah dan penuh berhikmah.Tahniah kepada seluruh tenaga penggerak yang bertungkus lumus mengadakan program untuk membentuk generasi rabbani ini..


Syukran kasiran buat adik-adik peserta yang sanggup bermujahadah melawan nikmat cuti sekolah yang baru bermula sedangkan rakan-rakan lain bersuka ria dek terlepasnya rutin harian persekolahan.Sesungguhnya adik-adik inilah yang diperlukan untuk menjadi generasi rabbani yang a'milin(bekerja dan beramal), muntij(produktif), mufakkir(pemikir) dan jiddiyah(bersungguh-sungguh)..



INIKAH JALAN YANG KU PILIH..SAYA MESTI ISTIQAMAH!



Dakwah..perkataan yang saya pernah saya dengar sejak dibangku sekolah tapi agak kurang saya ambil berat.Pada saya,tugas dakwah ini hanya dipikul oleh para penceramah,ustaz atau ustazah mahupun para pendakwah seperti Dr.Fadzilah Kamsah,Ustazah Fatimah Syarha ataupun para ulama tapi hakikatnya kita semua perlu berdakwah! Ya! Kita semua kerana kitalah khalifah yang dipilih Allah S.W.T untuk hidup di dunia yang fana ini..



Mengajak orang ke arah kebaikan merupakan salah satu cabang dakwah tapi perlu diingat kerja mengajak orang untuk kenal Allah terlalu berat.Ada kalanya saya pernah berasa tak mampu lagi kerana saya banyak kelemahan dan rasa tak layak memikulnya..Nasib baiklah saya ada seorang ikhwan yang sanggup berkongsi masalah walaupun jarang berjumpa..Beliau berkata:



"Hassriq,ini kerja Rasul.Kerja Rasul memang sangat berat.Bila Rasul tak ada,siapa lagi nak teruskan kerja Rasul kalau bukan kita?Ya,memang kita tak mampu malah tak layak menanggung tanggungjawab ni tapi mahukah kita tertipu dengan alasan macam ni?"Nah! Satu tiupan semangat diberikan untuk menyalakan lagi usaha dakwah ini..



Dia menambah:"Tawaduk sau sifat terpuji.Perasaan tak mampu dan tak layak perlu ada tapi bila terlampau menguasai diri,itu bukan lagi tawaduk namanya tapi alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja mulia ini.."




Masya'Allah! Kenapa saya tak terfikir seperti sahabat saya fikirkan tadi?Terima kasih ya Allah kerana telah memberi seorang sahabat yang mampu membimbing di kala diri ini jatuh.Indahnya persahabatan apabila hati ini bertaut di jalan-Mu ya Allah!




YA ALLAH..BAGILAH HAMBAMU INI KEKUATAN DAN KEAZAMAN..!


Keadaan di sekeliling terlalu mendesak untuk jauh dari Allah S.W.T.Akibatnya jiwa menjadi gersang,fikiran menjadi celaru dan fizikal menjadi lemah beribadat.Oleh itu,persiapkanlah jadual hidup yang boleh meningkatkan bekalan untuk berhadapan di akhirat kelak.Persiapkanlah diri dan SERUlah orang lain!




Hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan hanya redha Allah yang kekal.Orang beriman akan berasa seronok dengan Allah S.W.T..Hidup orang beriman sepatutnya diserahkan untuk beriltizam dengan agama Allah S.W.T sepenuhnya bukan separuh-separuh.


"Bayangkan sebiji durian yang paling sedap ditambah kicap dan sos cili,apa akan jadi pada durian tersebut?Tentu akan hilang keaslian rasanya yang sedap itu.."Itulah perumpamaan bagi orang yang menambah-nambah dalam Islam.




"Ok,bayangkan pula seseorang yang ingin membeli lembu tetapi lembu itu tiada ekor,kaki kudung dan berbadan cengkung..Sudah tentu tidak ada orang yang ingin membeli lembu cacat tersebut.."Itulah perumpamaan bagi orang yang mengurangkan ajaran Islam.


"Hmm..kita bayangkan pula satu makhluk berkepala manusia,bersayap burung,berekor buaya,berkaki itik dan badan seperti ular..apa jadi pada makhluk itu?Tentu buruk benor rupanya dan hilang keindahannya.."Itulah perumpamaan bagi orang yang mencampur-adukkan Islam dengan urusan duniawi..

Jadi,amalkan ajaran Islam yang syumul..Janganlah kita mengamalkan cara hidup Islam ala sambal belacan.Moga-moga usaha kita bersama ini bermanffat kepada diri sendiri,umat dan diterma Allah S.W.T sebagai saham akhirat yang berkekalan....


~~Wassalam~~~
Back to top Go down
View user profile
 
Perjalanan Ke Hidayah Allah Bangkit Kembali...!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Saturday afternoon Bangkit Trail
» Confusing Love Disorder- Allah Miya What's Wrong With You?
» ALLAH MIYA WHAT'S WRONG WITH ASAD
» [Trail meet] 17 June 2012 0830hrs - SGCrawlers Offroad Trail at 276 Bangkit Road
» [Trail meet] 24 FEB 2013 0830hrs - SGCrawlers Offroad Trail at 276 Bangkit Road

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.