perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 9:37 am

Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?


1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)



* PULAU


Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang
gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang
agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu
tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan
diperolehi kelak!
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti
individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini.
Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki
jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya
agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di
sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah
sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu
yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan
hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.
Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu
ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.



* BANDAR-BANDAR BESAR


Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar
mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat
percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan
yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini
memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan
perjalanan percutian individu itu.
Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan
memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori
individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya
sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal
kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah
mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek
kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam
kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan
cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di
sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam
kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.


* TAMAN TEMA


Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi
tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan
percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah
yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan
bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan
mereka.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai
teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap
mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap
agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar
mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan
pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya
dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun
pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam
kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya
untuk kebahagian pasangannya itu.



* BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka
yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air
mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala
mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum
dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut
oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan
seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa
dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari
segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi
contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis.
Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang
sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka
ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan
sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara
lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini
sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk
mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.


* GUNUNG-GANANG


Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan
merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti
lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung
minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi
mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk
menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah
sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin
menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di
kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama
teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan
kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu
yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang
berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini
bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini
bukan seorang individu yang membosankan.
PercintaanIndividu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari
tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka
dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang
mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini
bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka
gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai
pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi
mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah
terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih
senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 11:32 am

Quote :
* BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka
yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air
mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala
mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum
dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut
oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan
seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa
dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari
segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi
contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis.
Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang
sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka
ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan
sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara
lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini
sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk
mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan

aku suka yang nih. dan mmg tu ler perangai aku...
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 2:04 pm

* PULAU

itu seperti aku jer perasan kah aku

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 2:07 pm

i suka ke bandar2 besar...suka tgk cara hidup org2 dalam bandar besar..teknologi2 bandar2 besar...

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 8:52 pm

tapi aku nak pilih lebih dari satu leh...
cam best jek kat pulau..
tak pon gunung...
tempat bersejarah pon aku suka...
taman tema lak syok main..
mana nk pilih ni...

kompius nih....

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Thu Jun 04, 2009 10:07 pm

ko kan banyak personaliti peace.... 4 dalam 1.. kalah syampu.. tu pasal kompius...
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Sat Jun 06, 2009 2:03 am

panx..ko suka tukar2 pasangan ke
peace...ko kan fleksibel
aku klu ade duit sume tmpt tu aku nak g tp aku lbh suka g tmpt gunung ganang tu..tenang je tgk kehijauan
Back to top Go down
View user profile
jimbet_______.sin4
Site Admin
Site Admin


Posts : 206
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : tmn astakona

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Sat Jun 06, 2009 4:53 am

aku suke pulau kot ... aku x ske tempat ramai2 org ... tmn tema aku x minat sgt .... kota bersejarah pon ok gak .. tp memang destinasi percutian utama aku adalah pulau ..... best sebenarnya nk bercuti kt pulau ni xde la mkn wang yg banyak kite lau nk bercuti ke mana pon kene la rajin wat research and survey skit... cari la tempat destinasi yg complete and rancang perjalanan dengan teliti ... bg aku petua untuk pegi bercuti dengan success... ikut rancangan percutian kite yg dah kite rancang dan jangan pergi bercuti melalui agen atau ikut trip . memang murah tp akan datang banyak masalah ... aku selalu g cuti sensorang jer .... aku nak buat ape aku nak bli ape xde org larang ... lebih tenang dan x pening kepala ... program ikut kepala sendiri jer ... jangan takut lau pegi bercuti sensorang ... korang kompom akan dapt kawan baru punyer ...

_________________________________________________
Back to top Go down
View user profile http://www.klgc-3.forumotion.com
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Mon Jun 08, 2009 12:35 pm



* TAMAN TEMA


Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi
tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan
percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah
yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan
bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan
mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai
teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap
mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap
agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar
mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan
pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya
dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun
pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam
kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban (cewah), khususnya
untuk kebahagian pasangannya itu.


* suke yang ni...lau tensen2 leh relax main n jerit2 sepuas hati tau pulau pun suker gak...bole ker sri...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti   Today at 8:56 pm

Back to top Go down
 
Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aur Pyaar Ho Gaya - 07th March 2014 - Written Update
» Aur Pyaar Ho Gaya 10th March 2014 Watch Online
» Aur Pyaar Ho Gaya - 04th April 2014 - Written Update
» Aur Pyaar Ho Gaya 8th April 2014 Episode Watch Online
» Aur Pyaar Ho Gaya - 09th April 2014 - Written Update

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.