perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 E-mel merah pukau gadis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: E-mel merah pukau gadis   Thu Jun 04, 2009 6:36 am

KUALA LUMPUR: Keghairahan seorang remaja perempuan melayari laman sembang bertukar tragedi apabila dia dilarikan seorang lelaki warga asing selepas terbaca kiriman e-mel misteri yang diterimanya.

Difahamkan, kandungan emel itu hanya tertera perkataan ‘cinta berahi’ dengan tulisan merah, namun tulisan berkenaan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu memukau sesiapa saja yang membacanya.

Selepas terpukau, mangsa akan patuh arahan yang diberikan lelaki terbabit sebelum mengatur pertemuan dengan pengirim e-mel berkenaan.

Sebaik bertemu, mangsa sekali lagi dipukau sebelum dilarikan dan disembunyikan di lokasi tertentu.

Dalam kes terbaru, seorang remaja yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjadi mangsa ‘ahli sihir moden’ itu.

Mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, melarikan diri dari rumahnya di Bandar Baru Sentul pada 20 Mei lalu, dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri dipercayai selepas dipukau lelaki terbabit.

Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai, Ampang di sini oleh bapanya Badrul Hisham Zainal Abidin, 42, kira-kira jam 4 petang, kelmarin dalam keadaan separuh sedar hasil maklumat orang awam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 20 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.

Menurut Adilla, selama 13 hari menjadi ‘tahanan’ kepada lelaki terbabit, dia tidak menyedari kejadian itu sebaliknya tersedar apabila menemui bapanya yang mencarinya di kawasan berkenaan.

“Apa yang saya ingat adalah saya tinggal bersama dua lelaki warga asing berusia 30-an dan seorang daripadanya individu yang melarikan saya.

“Sebelum kejadian, saya terbaca satu e-mel sebelum hilang ingatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek melarikan diri dan usaha memburunya dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata perbuatan pukau melalui peralatan moden boleh berlaku.

“Golongan yang menggunakan kaedah ini adalah pengamal ilmu sihir dan mereka bersaudara dengan jin serta syaitan.

“Dengan bantuan makhluk durjana ini, mereka mampu melakukan perkara luar batasan termasuk memukau sesiapa saja yang dikehendaki menerusi kiriman emel mahupun panggilan telefon,” katanya.




hati2 melayari tenet.....

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
kuyie
super-mod&Designer
super-mod&Designer


Posts : 668
Join date : 2009-05-14
Age : 30
Location : Ashby road - K.Terengganu

PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Thu Jun 04, 2009 6:43 am

peghh gile betoi

_________________________________________________
SETELAH SEKIAN LAME KU MENYEPI KINI KU KEMBALI



Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/firstrockersindaworld
grandson
junior
junior


Posts : 40
Join date : 2009-06-01

PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Thu Jun 04, 2009 6:59 am

kot da email tu leh la send... hehehehhe.. power gak erk ayat dalam email tu sapai leh terpukau...
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Thu Jun 04, 2009 8:47 pm

aku pon tak tau la...
betul ke tak..
ntah2 budak tu nk lepaskan dri..
die wat cite..
dlu kes talipon.. yang santau melalui tipon..
aku dgr tipu jek.. diaorg wat2 cite jek..
tul ker...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Fri Jun 05, 2009 4:13 am

ermm mcm tipu jer..hmm mcam2 la zaman skg ni huhu

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
grandson
junior
junior


Posts : 40
Join date : 2009-06-01

PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Fri Jun 05, 2009 5:32 am

jangan la mudah terpedaya pada perkara tahyul dan kurafat.... akhlak kita akan runtuh...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: E-mel merah pukau gadis   Today at 10:49 pm

Back to top Go down
 
E-mel merah pukau gadis
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.