perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh   Wed Jun 03, 2009 2:46 pm

Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya
yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh
kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang
boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya
mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam
proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda
suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali
sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam
satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya
ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca
kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt
segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali,
niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah
hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya
diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa
yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan
soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut
dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan
lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang
penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan
harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada
suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah
swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian
mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia
mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah
tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud,
kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa
rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan
kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi
–>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar
yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan
pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah
benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu
ajalah orangnya.(Tawakkal)



7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk
selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk
memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin
untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau
ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan
Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa
dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar
sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan,
pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan
tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam
kelaparan.


9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah
atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak
pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.


11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang
bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan
dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat
sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara
mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha
kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah
berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi,
dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang
kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat
kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang
pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
comel
junior
junior


Posts : 29
Join date : 2009-06-25

PostSubject: Re: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh   Tue Jul 07, 2009 3:50 pm

lom ade jodoh gak ni..kena wat nih..hahaha
Back to top Go down
View user profile
mijieviking
junior
junior


Posts : 22
Join date : 2009-07-02
Age : 34
Location : fukuoka

PostSubject: Re: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh   Tue Jul 07, 2009 4:27 pm

dah wat semua tu,,tp x dapat gak
berak


wakakaka wakakaka wakakaka wakakaka wakakaka [b]A
Back to top Go down
View user profile
mijieviking
junior
junior


Posts : 22
Join date : 2009-07-02
Age : 34
Location : fukuoka

PostSubject: Re: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh   Tue Jul 07, 2009 4:31 pm

comel lagi satu petua cuba la cuba,,,,,,,,,
g mandi bunga tari tari tari
cabuttttttttttttttt
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh   Today at 8:59 am

Back to top Go down
 
Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Some very basic tips from a new user
» Household tips
» Tips on how to better drybrush metallics?
» Gaming Table Creation Tips
» looking for tips on baking

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.