perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Adakah Anda Masih Ingin Merokok?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Wed Jun 03, 2009 1:55 pm

Seperti 80% perokok yang
lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok
tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti?
Jawapannya sudah tentu tidak.



Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak
kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda
tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok
boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika
anda berhenti
sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini,
renungi fakta berikut:




  • Dalam masa lapan jam
    selepas berhenti merokok, kadar
    denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan
    anda akan naik.

  • Dalam tempoh 24 jam
    selepas berhenti, risiko serangan
    jantung menurun.

  • Selepas sebulan,
    peredaran darah bertambah baik, tenaga anda
    bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.

  • Selepas setahun, risiko
    anda mendapat penyakit jantung
    menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.

  • Selepas 5 tahun, risiko
    anda mendapat strok mula menurun.

  • Selepas 10 tahun,
    kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru
    adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.



Setiap kali anda
menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan
kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh
anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi
dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.



Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul,
katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.



Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas
sebab yang ada kena mengena
dengan merokok. 50% dari kematian tersebut
disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru.
Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko
mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun.
Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.



Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda
jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal.
Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang
paling kuat menyebabkan ketagihan.



Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan
anda pun boleh, jika anda mahu.



Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.



Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang
menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.



Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk
mengurangkan tekanan.



Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami
sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan
melepasi halangan.



Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok,
termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan
tempat habuk rokok.



Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui
sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut,
sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.



Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah
dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang
sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya
kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin
sedozen ataupun lebih.



Petua untuk membantu anda:




  • Tukar kebiasaan anda.
  • Elakkan
    tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari

  • Jauhkan diri dari perokok
  • Berikan kata-kata
    semangat kepada diri anda setiap hari

  • Buat janji dan memberi
    ganjaran kepada diri anda

  • Menyimpan duit rokok
  • Curi masa –
    lambat-lambatkan menyalakan rokok

  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan minuman yang
    mengandungi kafein

  • Bersarapan pagi


Walaupun berhenti terus
merupakan cara terbaik, namun jika anda
terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk
BERHENTI.



Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa
anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang
yang anda sayangi. Adakah
mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap
rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Wed Jun 03, 2009 2:08 pm

ya saya masih ingin merokok..sbb kalau saya tak merokok..kerajaan dah kekurang 0.01% cukai dari saya...so saya tak dapat membantu kerajaan kalau saya tak merokok...nt kerajaan ssh nak buat pembangunan untuk rakyat jelata...sbb rokok dan arak adalah cukai antara yg tertinggi yg di kutip ..sekian tq

the best man wins ok..sekali cuba pasti hendak lagi ....
just my 2 cent idea...........


_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Wed Jun 03, 2009 2:37 pm

aku teringat aritu tuan haji ada citer.. pasal sorang perokok nih..

perokok nih dah kritikal ler.. dah sampai kena sakit jantung pun, masih tak mo berhenti merokok. isteri dia beria2 nasihatkan dia degil tak mo ikut gak. doktor nasihat pun dia tak mo.

sehinggalah.. satu hari.. dia terkena strok, dan dimasukkan ke dalam wad...

pada ketika itu... dia tak berdaya apa2. hanya baring sahaja di atas katil.

dan doktor ni.. dengan tenangnya berbisik pada lelaki tersebut..

"encik, nampak tak isteri encik.. anak2 encik kat luar sana?"

lelaki tersebut terkebil2 matanya.

"encik, bayangkan satu hari.. strok kena badan encik kritikal. encik meninggal dunia. sanggupkah encik tinggalkan isteri dan anak2 encik tu?"

lelaki tersebut masih terkebil2 matanya.

"bayangkan nanti isteri encik jadi janda, anak2 idup tanpa bapa."

dah mula lain dah rasa lelaki tu..

"tak lama plak tu ada sorang lelaki meminang isteri encik.. jauh lebih baek, bertanggungjawab, hebat dari encik.. dan akhirnya isteri encik lupakan encik... encik sanggupkah? isteri encik tu muda lagi... masih cantik lagi."

tetiba lelaki tu mula rasa tak puas hati. takleh jadi ni! nanti isteri aku menjande ada orang lelaki lain ngorat nih. keluar daripada hospital je... terus lelaki nih mintak bantuan doktor untuk berhenti isap rokok.

hadoi... kelakar gak citer nih. tapi nih mmg kisah benar tau! tuan haji kongsi dgn kami.

dan tuan haji buat kesimpulan..

"doktor pun kena pakai kaedah kaunseling gak nak menyedarkan pesakit. tu dinamakan kaedah provokasi.."

hadoi......

sekian.. al-kisah...
Back to top Go down
View user profile
MaNgKuK pEcAh
junior
junior


Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 27
Location : kajang melaka

PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Mon Jul 27, 2009 7:25 pm

wah bole gune tuh kak
ley bentikan org tercayang dr tabiat merokok die
hek3
Back to top Go down
View user profile
yuOtaci
junior
junior


Posts : 35
Join date : 2009-06-28
Age : 30

PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Mon Jul 27, 2009 9:35 pm

mana macan wakakaka
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Tue Jul 28, 2009 5:45 am

lelaki merokok ke mancho..lelaki tak merokok ke mancho lari topik nih cabuttttttttttttttt
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Adakah Anda Masih Ingin Merokok?   Today at 10:55 am

Back to top Go down
 
Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::TIPS KESIHATAN::..::HEALTY TIPS::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.