perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Mitos Pemakanan Sihat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Mitos Pemakanan Sihat   Wed Jun 03, 2009 1:53 pm

Seperti yang anda sudah
ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan
badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos
yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.



Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:



1. Bersenam dengan perut kosong.



Jika perut anda
berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak
menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar.
Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda
mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.



2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.



Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan
antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik
anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia
penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.



3. Tidak mengambil sarapan pagi.



Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan

pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat

mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.



4. Diet rendah karbohidrat.



Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan
tenaga.



5. Makan apa saja yang anda mahu.



Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan

apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama
ada kita bersenam atau tidak.



6. Kalori tidak mencukupi



Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara
mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan
untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan
anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi
dengan sempurna.



7. Kurang minum.



Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda
perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa
dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.



Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat
dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat
pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda,
pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda
memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat
bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang
lebih baik.

tari tari tari tari

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
 
Mitos Pemakanan Sihat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::TIPS KESIHATAN::..::HEALTY TIPS::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.