perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak   Tue Jun 02, 2009 6:20 pm



Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan
oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara
itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat
Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari
ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara
itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi
Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira
setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.



Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya,
juruperunding- juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah
lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama
stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya, " katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Sementara
itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta
Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang
runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Menteri
Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan
beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4
petang ini.

Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai
bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu
kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.

Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.

"Saya
mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang
kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran
stadium itu," katanya.

Sementara itu, dua pekerja yang
sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut
selepas mendengar letupan berkenaan.

Mohd Zaidi Ahmad yang
bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian
bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.

Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun
lepas.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan
gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008
dan perlawanan bola sepak Liga Super.

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak   Tue Jun 02, 2009 6:50 pm

aku rasa ultraman dh dirahsuah ngan raksasa ketam tu la peace bab tu Stadium Bolasepak Gong Badak tu runtuh bikin malu je Stadium bru leh runtuh nmpk sngt la de yg pelik kn.....merokok jap la sambil merenung Stadium runtuh ni

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
kuyie
super-mod&Designer
super-mod&Designer


Posts : 668
Join date : 2009-05-14
Age : 30
Location : Ashby road - K.Terengganu

PostSubject: Re: Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak   Wed Jun 03, 2009 4:07 am

aku dah pegi tengok semalam kt tempat kejadian tuh
yg runtuh tu bukan stadium tp yang runtuh atap sebelah je yg sebelah lagi elok..
tp sayang aku tak bawak camera smlm jadi taleh nak amik gambar hahaha
tp aku dah tengok ngn mata kepala aku sendri

jd sebagai rakyat yg dah menetap lebih 10taun di kuale terengganu ni(dah jadi rakyat teganu weii) boleh dikatakan aku malu la jugak hahaha
sebab yelah stadium yg baru setaon jagung tibe2 runtuh..
mungkin sebab faktor kecuaian manusia atau mmg kehendak allah s.w.t
wallahualam.. sama2 kite berdoa agar tidak ade org² yg tehempap atap tuh amin....

_________________________________________________
SETELAH SEKIAN LAME KU MENYEPI KINI KU KEMBALI



Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/firstrockersindaworld
Sponsored content




PostSubject: Re: Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak   Today at 7:23 pm

Back to top Go down
 
Stadium diserang raksasa ketam di Gong Badak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Battle of the Warriors (Mo Gong)
» Solstice Raceway Stadium Released
» Ace Hotel Party for U2 - 24 Sep 09
» WTTF Barry Larkin Cards-- Havelist Inside
» Mark Mcgwire Collection for sale 400+ cards 7% BV for CBA Members (allcards sold)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.