perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Tue Jun 02, 2009 9:42 am

p/s :- Isssh hampir menitis air mata mebaca kisah ini ... Nauzubillah ... Kawan2 sume ... Hati2 apabila memandu ...

Jalan 25/70A Sri Hartamas Kuala Lumpur 28 Mei, 2009 2 petang

Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi..

Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.

Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan 25/70A, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Tiga sekeluarga ini baru sahaja tiba di sini untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran.Suami, Eugene Chong dan anaknya, Isabel Chong, baru sahaja keluar dari kereta.Kedua-duanya kemudian bediri di belakang kereta.

Isteri Eugene, Tan Lih Ying, yang membawa kereta, kemudian cuba membetulkan kedudukan keretanya di ruang tempat letak kereta.

Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tersilap ketika memasukkan gear menyebabkan kereta Proton Wira Aeroback ini tiba-tiba meluncur laju mengundur.


Akibatnya, Isabel yang berdiri betul-betul di belakang kereta, terus dirempuh dan digilis tayar belakang dan terhimpit di bawah tayar hadapan.

Kereta terhenti setelah belakangnya terlanggar sebatang pokok hiasan.
Semuanya berlaku dengan pantas.Isabel yang cedera parah di kepala, ditemui di bawah tayar hadapan yang tersangkut pada tebing tempat leatak kereta.

Orangramai yang terkejut dengan kejadian itu, segera memberikan bantuan dan beramai-ramai mengangkat kereta bagi mengeluarkan Isabelle yang berlumuran darah.

Sebuah ambulan dari Emergency Resources Managements yang kebetulan beribupejabat tidak jauh dari tempat kejadian, tiba bersama tiga anggota perubatan beberapa minit kemudian.Bagaimanapun, Isabel telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.

Dan sepanjang selepas kejadian sehinggalah pegawai penyiasat trafik tiba di tempat kejadian, Tan tidak henti-henti menangis, meraung dan meratap sambil memeluk mayat anaknya.Suaminya termasuk beberapa orangramai, terpaksa mententeramkan Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.Dan, akhirnya, apabila pegawai penyiasat trafik tiba, Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung.

Mayat Isabel di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Tue Jun 02, 2009 9:53 am

astaghfirullah'al'azim.. sungguh tragis kisah ini
thanks for sharing sri

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Tue Jun 02, 2009 11:23 am

tu org panggil takdir..
selama ni bawak keta ok jek..
kebetulan ari tu nak terjadi kan...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Tue Jun 02, 2009 12:36 pm

risau..... mudah2 mudahan tak terjadi atas aku ..keluarga aku..dan kawan2 aku...amin..

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Tue Jun 02, 2009 6:45 pm

sedih siot...........wawawawawawawa...aku amin kn doa ko panx...AMIN!!!..

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
kuyie
super-mod&Designer
super-mod&Designer


Posts : 668
Join date : 2009-05-14
Age : 30
Location : Ashby road - K.Terengganu

PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Wed Jun 03, 2009 4:10 am

oh yg ni da nengok dalam brite tempoh ari.. sedih beb

_________________________________________________
SETELAH SEKIAN LAME KU MENYEPI KINI KU KEMBALI



Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/firstrockersindaworld
Sponsored content




PostSubject: Re: Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu   Today at 10:19 pm

Back to top Go down
 
Anak Maut Digilis Kereta DIpandu Ibu
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» There's a Prototype for Everything
» Anzo-sama GFX Shop!
» Meet Pragya and Bulbul : Kumkum Bhagya sisters
» Jodha Akbar---Written Update--18th September 2013

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::MEMBER SHARED PICTURE::. :: .::SHARE PIC MENARIK::. .::SHARING INTERESTING PICTURES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.