perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Nauzubillahiminzalik...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Nauzubillahiminzalik...   Fri May 29, 2009 9:04 pm

Nauzubillahiminzalik...





Kes ini
berlaku di negara jiran kita Singa..porrrah.

Pengajaran
yg boleh kita ambil:

1. Bukan
semua yang bergelar 'USTAZ" boleh dipercayai;
2.
Pengetahuan agama perlu ada supaya kita tidak mudah diperdaya oleh
"USTAZ" seperti itu;
3.
Perempuan amat lemah dan mudah diperdaya;
4.
Masyarakat keliling tidak ambil kisah tentang jiran tetangga dalam negara maju
seperti Singa...porrrah.
5. Satu
lagi kes yang menjatuhkan maruah agama Islam.

Dikalangan Binatang tiada berpewatakan manusia... Tetapi... Dikalangan manusia, ade yg BINATANG!!!!

Gerammmmmmnyeeeeee. ......... ..
kalau korang baca cerita nie pon aku rasa korang mesti marah giler...cilaka
dan seeyal punya jantan...isteri2 dia pon sama macam seeyal jugak...
[IMAGE]
LELAKI
10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG
ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak
perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki
berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji
itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya
tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya,
dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan
tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Mahkamah
diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada
tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak
perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun.
Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai
33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.

Di
Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya,
Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya,
perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di
mahkamah untuk memberi keterangan.

Lelaki
berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan
kepadanya.


Menurut
surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin
untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan
mengadakan seks'.


Namun,
rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis
pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang
kenalannya.

Dalam
rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan
perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya
daripada bergaul dengan budak lelaki.

'Dia
berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka
mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.

Dua
daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan
budak perempuan.


Tertuduh
yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni
kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya
sebelum ini.


Sementara
itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas
perbicaraan.


Seorang
adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut.

Beliau,
yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu,
berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai
hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'

Hukuman
akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh
dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara

ANAK
JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan

MEREKA
menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka
tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.

Tanpa
segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.'

Kata-kata
itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang
menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki
berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de
ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun.

Dikatakan
arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya
meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin,
bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan
hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe rempuannya.

Alasannya
diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan
anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki.

Satu
demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.

Satu
demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar
bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.

Tiada
siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga
dan 'guru agama' mereka.

Lebih
setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk
mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka.

Dua
daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka.

Peguam
bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan
kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri.

Salah
seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan
dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.

Pada
28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa
isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya.

Pengalaman
pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada
seorang kawannya.


Dengan
bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki
yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.


Fakta
kes

Tertuduh:
45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah
dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).

Kes:
Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan
kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat
jumbo.

Keputusan:
Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang
berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Laporan
polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas
dirogol.


Mangsa
pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.

Mangsa
kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.

Mangsa
ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.

Mangsa
keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.

Mangsa
kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005

kenapa aku cakap isteri2 dia macam seeyal???... arrrr...kroang baca
citer di bawah nie...

ISTERI
PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya
menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.

Setiap
kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah
mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana 'pengorbanan' itu.

Isteri-isterinya
juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan
keji itu dengan salah seorang anaknya.

Dengan
taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang
anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda
mereka.

Walaupun
anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si
ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka
dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan
dilakukan.

Jika
mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir
menangis.


Tidak
sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan
ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.

Perbuatan
keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah
dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.

Dalam
salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata
hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.

Lelaki
itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah
mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat
dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu
buasnya.

Apabila
isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis
lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya
itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan
dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah
tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti perintahnya.

Malah,
seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka
tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.

__._,_.___





orang macam ni la bahaya.. berselindung di sebalik nama ustaz..
merosakkan nama2 ustaz.. menyalahgunakan ayat2 al-quran..
ajaran sesat yang di bawa..

_________________________________________________






Last edited by peace™ on Fri May 29, 2009 9:36 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Nauzubillahiminzalik...   Fri May 29, 2009 9:15 pm

tak terkata aku dah..

kritikal giler kes dia..

dan isteri2 dia tu macam dah kena pukau.. angguk je kata2 suaminya..

adoi.. dunia.. dunia...
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: Nauzubillahiminzalik...   Fri May 29, 2009 9:42 pm

mak ai...giler ni....rela aku cri pelacur klu cmni...
:group: :group:

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
Sponsored content




PostSubject: Re: Nauzubillahiminzalik...   Today at 12:13 am

Back to top Go down
 
Nauzubillahiminzalik...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.