perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Kisah Pakcik Tua..Meh Kita Renungi Apa Yang Terjadi........!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: Kisah Pakcik Tua..Meh Kita Renungi Apa Yang Terjadi........!   Tue May 26, 2009 11:27 am

Mata saya melirik kepada pergerakan seorang pakcik tua yang agak pelik penampilannya. Dari jauh dia berjalan terhuyung-hayang sambil membimbit beberapa helai kertas.


Sesampainya di gerabak tempat duduk saya, kertas itu diletakkan satu persatu di atas riba penumpang keretapi tersebut termasuk saya. Seperti biasa, kertas memohon derma. Saya kira ini situasi biasa di Malaysia.

Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan adalah cara pakcik tersebut merayu. Sungguh menyayat hati. Dia meluntut di lantai keretapi dan melagukan suara tangisan yang begitu menyedihkan. Sama seperti bayi merengek meminta susu.


Mendayu-dayu suaranya hinggakan saya terpaksa membuat keputusan untuk angkat kaki berpindah ke gerabak lain. Bukan membenci, tetapi terasa terlalu kasihan dan tidak tega melihat senyuman sinis yang dilemparkan terhadap pakcik tersebut oleh kebanyakan penumpang.

Bukan sekadar pandangan jelek, tetapi ada juga yang bertindak membuang dan membaling kembali kertas-kertas tersebut. Apa salahnya jika diletakkan kertas itu elok-elok walaupun tidak mahu membacanya.

Saya masih teringatkan gelak tawa mereka sambil mengejek pakcik tua tersebut. Setiap kali itu jugalah hati terasa terbelah-belah kepedihan.


Saya cuba untuk tidak menyentuh isu samada dia menipu atau tidak. Itu soal kedua, kerana ia hanya kemungkinan. Soalnya sekarang, adakah patut kita menghina orang sebegitu hanya kerana dia seorang yang peminta sedekah? Adakah kita menganggap dia sudah tidak bermaruah?

Tidak. Walaupun dia seorang lelaki tua yang miskin, dia masih berhak atas sebuah keistimewaan yang dinamakan penghormatan.

Dia tidak memaksa untuk dibayar atas setiap esak tangisnya. Jika tidak sudi membantu, biarkan sahaja. Itu hak anda. Tetapi yang jelas, memaki dan menghina mereka bukanlah sikap orang yang mengaku bertamadun !


Sesekali anda melihat pengemis jalanan umpama sampah yang tiada nilai di mata anda, tetapi mungkin berbeza di mata orang lain. Alangkah bagusnya jika kita belajar untuk tidak terlalu cepat melatah dan menghukum seseorang hanya kerana dia tidak sekufu dengan kita dari segi kekayaan, akhlak dan lain-lain.

Bukankah si pengemis itu sendiri telah menciptakan suatu peluang untuk anda mengamalkan budaya tolong-menolong?


Selain itu, anda juga boleh menganggap kewujudan pengemis itu sebagai satu cabaran untuk anda berkerja dengan lebih kuat lagi untuk berjaya dalam hidup.


Dan ianya pasti merupakan suatu sumber inspirasi yang begitu hebat !


Pernahkah anda berfikir sedemikian?
Back to top Go down
View user profile
 
Kisah Pakcik Tua..Meh Kita Renungi Apa Yang Terjadi........!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Yang Wenli vs Universal
» Yang Zing (Cosmic Dragons) Arrived to TCG!
» Yang Zing Deck
» Yang Zing help
» Yang Zing Anti Meta Skill Deck

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.