perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 personaliti warna.. jeng jeng jeng!

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 2:49 pm

jangan tersilap! jgn

ini bukan menilai personaliti mengikut minat warna...
tetapi mengumpul 4 jenis personaliti dalam 4 kumpulan warna.

sebenarnya ini merupakan set soalan ujian personaliti. korang leh dapati ujian personaliti warna pada kaunselor2. insya Allah dia orang ada, sbb ujian personaliti nih jenis yang biasa dikendalikan.

berikut adalah 4 kumpulan warna yang ada dalam set ujian personaliti ni:

1. emas

2. hijau

3. biru

4. jingga

personaliti warna ini terdapat 100 soalan yang perlu dijawab oleh klien. soalannya tak susah pun, cuma jawab Ya atau Tidak berdasarkan kenyataan yang diberikan.

berikut adalah penerangan yang diberikan 4 jenis kumpulan warna tersebut.


1. personaliti emas

bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan, serta menaruh perhatian. kata kunci utama ialah mengikut peraturan dan bertanggungjawab.

ciri2 khusus:

* mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
* bertanggungjawab
* taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
* tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
* seoprang yang peneliti dan bersifat wajar
* menghargai masa ada pertaturan
* mahu dianggap sebagai orang yang berguna
* setia, stabil dan bersistematik
* menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga
* selalu mengambil tahu tentang sesuatu
* memberi perhatian dan bersifat konkrit
* bersifat keibubapaan
* secara semulajadi suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam
* seorang yang suka menolong.
* menjaga kestabilan, menyusun atur dan mengorganisasikan tempat kerja
* berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlukan perincian
* sanggup bekerja keras membuatkan individu selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi
* percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu
* kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan
* sentiasa mahu mengikut undang2 dan peraturan sekolah
* memahami dan menghormati pihak berkuasa
* rasa selesa dengan rutin pelajaran
* rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah.


2. personaliti hijau

cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berperinsip, dan berasaskan logik. kata kuncu utama ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

ciri2 khusus

* cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
* cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
* cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna
* bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea
* mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal.
* mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.
* mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.
* mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal
* seorang pemikir konsep yang bebas.
* kerja itu adalah suatu permainan
* sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang
* suka merekacipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan
* apabila telah menyempurnakan sesuatu idea, akan beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama
* seperti lebih tua daripada umur dari segi pemikiran
* fokus individu ialah kepada perkara yang paling diminati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental.
* tidak sabar dengan kaedah pengajaran latih-tubi atau berulang2. suka menyoal guru mahupun orang lain yang ditemui
* berfikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum individu boleh belajar dari mereka.


3. personaliti biru

bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. kata kunci utama ialah memfokus kepada perasaan romantis dan sukakan keharmonian.

ciri2 khusus:

* seorang yang tulen dan meahu merasa dirinya unik.
* seorang yang mudah bersimpati, berperibadi dan selalu mencari makna dalam kehidupan
* inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani
* ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain
* bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan
* mesra, taat menyayangi dan baik hati
* mudah terasa dan lemah lembut
* seorang yang suka berkarya dan memberi ilham
* seorang yang romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif
* seorang yang puitis
* seorang pengasuh dan individu romantis yang semula jadi
* mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
* selalunya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan profesion menolong orang lain
* mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain
* sangat imaginatif
* agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam struktur sekolah
* mahukan pengiktirafan
* tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri
* individu sukakan galakan dan bukannya persaingan. individu tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain


4. personaliti jingga

seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, sukakan keseronokan, suka gurau senda, tabah hati dan tidak takut serta berkemahiran. kata kunci utama ialah suka kebebasan dan mengembara.

ciri2 khusus:

* bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
* menanggap hidup sebagai satu permainan
* cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada
* sukakan keseronokkan dan sesuatu yang memberangsangkan
* sukakan aktiviti yang bersorak persaingan
* tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar
* kadangkala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan
kesan yang mendalam.
* seorang yang realisitik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka.
* gemar kepada pengalaman luar biasa iaitu membahayakan tetapi menyeronokkan.
* sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid, dan mengikut rutin
* berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dan dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.
* seorang performer yang semulajadi
* menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah berbanding pelajar lain
* belajar dengan membuat atau mengalami dan bukaannya dengan membaca atau mendengar
* dalam proses pembelajaran, memerlukan penglihatan fizikal
* dorongan kuat ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokkan.


setelah menjawab soalan ujain personaliti warna, aku dapat score berikut:

personaliti emas: 19/25

personaliti hijau: 22/25

personaliti biru: 22/25

personaliti jingga: 9/25

hehehe… gitulah perangai aku lebih kurang…..

kawan2 leh ler jumpa kaunselor. adoi.. tak semestinyer bermasalah je jumpa kaunselor. saje2 nak jumpa nak buat ujian personaliti pun boleh.

tuan haji siap pesan kat aku lagi, kalo nak kawen nanti.. buat ujian personaliti dan ujian jenis2 cinta dengan dia. siap soh bawak pasangan lagi, buat ujian sama2. bukannya apa.. supaya leh tahu perangai pasangan yang sebenar camner. nanti taklah terkejut panda plak.. masa bercinta lain.. masa dah kawen jadi lain.

wallahualam..
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 3:24 pm

aku biru kot la salju warna kesukaan aku... ...... ye ke tah la aku x brpa suka mentafsir diri aku sendiri sebenarnya biar la org lain saja yg menatafsir aku ni camner.....nk merokok jap ........mn tau de org nk mentafsir aku ni ni mcmner orgnya

_________________________________________________


hidup mesti mau appy


Last edited by macan_sparrow on Sat May 23, 2009 3:41 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 3:33 pm

cam sama jek wane ijau tu..
same cam nick aku skang..
huhu..
aku suke ijau...



terbang terbang terbang

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 3:42 pm

ko kena buat ujian tu dulu, baru leh tahu macan. pastu leh ler ajak minum kopi dgn tuan haji.

tapi menurut pemerhatian aku dgn ko... ko nih ada 3 warna yang dominan:

1. hijau
2. biru
3. jingga

warna emas tu ko mmg paling skit. sbb ko jenis tak skema, sukakan kebebasan. yerlah, ada masanya ko bersistem, konvensional dan tradisional (suka kekalkan adat resam, peraturan) tapi tak secara keseluruhan.

sifat hijau yang sukakan mengkaji, menyelidik dan mencari makna sesuatu tu ada kat diri ko. ko jenis tekun, suka nak kaji dgn mendalam benda yang ko minat nak tahu. (tapi benda yang ko malas nak tahu ko buat dek je kan?) wakakaka

sifat biru yang penyayang, empati, memahami, senang bergaul mesra dgn orang lain dan suka mengekalkan ciri2 kelainan pada dirinya (tak suka jadi sama macam orang lain) mmg kuat ada kat ko. (tapi bukan pasal ko minat warna biru. ni mmg sbb personaliti ko camtu.

sifat jingga yang suka mengembara, hyperaktif, sukakan cabaran, sukakan pertandingan, itu mmg ada kat ko. dan aku rasa panx pun ada gak ciri2 jingga ni. orang jingga nih jenis gila2 skit, pasti ati kering.. selamber dek je. muka tak malu pun ada.. sbb dia jenis tak kisah. kalo ngorat awek, tak dapat.. dia selamber je. sama ada dia nak ngorat awek lain, tak pun berusaha ngorat sampai dapat (ni ciri2 hijau skit.. tekun dan suka buat keje sampai abes).

tapi pape pun ko kena jawab dulu soalan ujian tu.. baru leh tahu. ni berdasarkan pemerhatian aku je.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 3:49 pm

kawan2 jangan salah paham plak ek? jgn

ni bukan keputusan personaliti berdasarkan warna yang kita minat.

tetapi ini adalah ujian personaliti. dan keputusannya diberi dalam bentuk warna.

macam contohnya, aku suka warna pink, kuning dan merah. sepatutnya aku dapat keputusan sama ada jingga atau emas ler kan?

tapi keputusannya, aku dapat biru dan hijau. emas pun hampir2 gak. ini bermaksud aku ada 3 ciri kumpulan personaliti pada diri aku. jingga jauh sekali.. maksudnya aku nih tak suka orang yang suka buat lawak bodoh, selamber, giler2 bahasa tak tentu pasal. kalo aku tengah ok.. takperlah aku gelak sekali. kalo aku tengah mengom.. mau aku mengamok plak.

satu lagi, korang leh tengok apa personaliti yang mendominasi diri korang.

boleh jadi satu warna, dua warna, atau 3 warna. tak pun... sama adil. 4 warna hampir sama banyak. (ni special case. jarang giler jumpa orang camni).
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 4:00 pm

salju..x bape fhm nih..mcm mana nak jwb soalan2 personaliti tu.. hmm mcm sri ni minat warna jigga n biru..dan keterangan personaliti tu mcm kene je ngn sri tp cmne nak dpt soalan dan markah yg salju taip tu
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 4:06 pm

kenalah berjumpa dgn kaunselor.

hanya kaunselor sahaja yang boleh mengendalikan ujian personaliti.

kaunselor nanti bagi korang soalan, korang jawablah. soalan dia bukannya soalan exam, tapi soalan yang berkaitan dgn personaliti.

contohnya:

-saya suka mendengar luahan rasa orang lain.

jawab : YA atau Tidak

lepas korang jawab soalan tu sampai abes, kaunselor akan kutip jawapan dan bagi markah kat korang.

masa bagi markah tu, kaunselor akan bagi konsultasi (macam cadangan, nasihat) tentang diri korang.

kaunselor akan menceritakan kelebihan korang kat mana, kekurangan korang kat mana. dan kaunselor bagi cadangan camner nak atasi kekurangan dan kelemahan korang tu..

jadi tunggu pe lagi?

jumpalah dengan kaunselor!

semoga korang leh mengenali potensi diri sendiri... dan menggunakan kelebihan yang ada semaksimum mungkin...
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 4:14 pm

aku x yah jwp la salju ko dh tau kn jwpan aku ni cmner pandai2 la korg PM salju klu nk tau jwpanya seksa aku dh lps jwp exam ni....nk sambung merokok tdi la

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 4:24 pm

ampess macan.. ko nih mmg..

aritu aku nak bagi soalan personaliti berdasarkan watak2 dalam filem p.ramlee yang aku jumpa kat tenet pun ko tak mo jawab. GSK lain ramai yang jawab.. ish ish....

sukati ko ler.. janji ko epi sudah..

kawan2 yang lain, aku rasa aku ada simpan INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS). ni lain skit daripada ujian personaliti warna. nanti kalo korang jumpa aku.. aku leh bagi kat korang. aku citer ler kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri korang.. moga pasni kita leh sama2 memperbaiki diri.

Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 6:43 pm

akak..masa kat kolej dulu kan anis n kengkawan kelas la di uji oleh kaunselor kami apa warna yg kena ngan kami..cara nya kan..bukan kami pilih wrna tu but di tetap kan dengan menjawap soklan2 yg di beri..tick punye tick astu tambah punya tmbh n dpt jwpn jumlah tu pastu kn jumlah tu lak memang dah di tetapkan untuk warna2 yg dah ade ..wrna2 tu yg mcm akak list kan tu la..n anis kena wrnajingga..antara sifat jingga ni kan agresif..tolak ansur pastu ape lg tah dulu tu anis dah lupe..but anis kena dalam golongan jingga la jugak.. hehe

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 6:49 pm

anis...

itulah namanya ujian personaliti warna..

pada kawan2 yang masih tak paham.. leh tanya anis. anis jingga ek? itulah ujian personaliti yang akak kongsikan kat sini..

time kasih anis.. sbb bagi kawan2 lain paham..
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 7:05 pm

owh betul la tu aek akak ermm sesama akak ermm ujian personality ni kan akak die bukan tetapkan tipu2 kan lain lah lau org tu jwb tipu2 kan kan kan akak..
pastu semua dorang jwb tu setap soklan kena remark 1 mrkah or berapa je la yg di tetapkan pastu semua di tmbh n keputusannye kenalah ngan wrna yg di beri pilihan..kaunselor kami kata gak..terima tak terima tu gak wrna korang dapat..nanti anis dpt soklan n result bg ujian wrna ni anis postkan sini k but lau akak ade akak pon leh post soh sonok la mereka forumer lain jawab tick2 soklan pastu puas hati ngan jwpn yg dorng sendiri jawap tu kan akak kan..lau ade tu mesti sonok la leh kite kenali diri kite sendiri..bukan kita men ikut suke je nak kata suke wrna pink n kene la ngan sifat2 tu..huhutp setelah anis kaji sendiri ngan kengkawan kan dulu..memang ade ketepatan nya..kaunselor kami kata 99% betul ketepatan nye..n satu lg yg anis msih ingat kan..kaunselor kami kata selalu nya org yg usia dah meningkat tu kan wrna die pon akan turut berubah kot dr biru ke jingga ke emas ke die pasti akan beransur ke wrna biru..dengan sifat dan perubahan watak nye sebab biru ni lau tak silap anis ari tu kan..die lebih kepada sifat penyayang..tolak ansur mengalah dan bnyk g la yg seperti sifat ke ibuan atau ke bapaan gitu...ermm entah la tp anis caye la kat ujian tu sebb bnyk ketepatan ngan diri n sifat anis ni..tak tau pada kengkawan lain mcm mana lak kan lol!

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 7:20 pm

ape kata letak soklan2 die.. pastu kitaorang tick..
pastu pm kat salju.. salju kan kaunselor kitaorg..
huhuhu... kaunselor maya...

pastu post kan kat sni...
:group:

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 7:21 pm

wah.. adik akak nih leh belajar bidang kaunseling nih. bijak2... layak jadi kaunselor nih.

personaliti manusia berubah sayang... bergantung kepada usia, tempat, dan juga keadaan.

manusia yang cemerlang adalah manusia yang berubah, dari semasa ke semasa. semakin dewasa usianya, dia bertambah matang bertambah bijak dan juga berhikmah.

kawan2 semua...

sebaik2 personaliti ialah personaliti yang sentiasa berkembang, dan meningkat matang. semakin banyak dugaan, cabaran, laluan hidup kita.. kita akan bertambah matang dan menjadi lebih baik dari sebelum ni.

begitu jugak dgn personaliti.

sbb tu aritu salju ada post topik, dulu lain.. sekarang lain... ingat tak?

kalo kenang2 balik... kita nih dah banyak berubah. tak macam dulu lagi. sbb tu Allah s.w.t berikan kita laluan hidup yang sukar.. supaya kita berubah menjadi yang lebih baek lagi.


alamak.. lari topik.. nanti panx tangkap lagi.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 7:29 pm

soalan personaliti warna takdelah peace.

aritu puan yana tak bagi kat kami... tak sempat nak cilok dari dia.

kalo ada leh ler salju bagi... tengoklah salju cuba cari camner ek? tapi salju ada set soalan lain, iaitu pemikiran positif/negatif dan jugak IPS. (inventori personaliti sidek)

salju tak janji ler.. tapi kalo boleh.. salju usahakan untuk korang ek?
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sat May 23, 2009 8:14 pm

1. personaliti emas

bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan, serta menaruh perhatian. kata kunci utama ialah mengikut peraturan dan bertanggungjawab.

ciri2 khusus:

* mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
* bertanggungjawab
* taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
* tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
* seoprang yang peneliti dan bersifat wajar
* menghargai masa ada pertaturan
* mahu dianggap sebagai orang yang berguna
* setia, stabil dan bersistematik
* menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga
* selalu mengambil tahu tentang sesuatu
* memberi perhatian dan bersifat konkrit
* bersifat keibubapaan
* secara semulajadi suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam
* seorang yang suka menolong.
* menjaga kestabilan, menyusun atur dan mengorganisasikan tempat kerja
* berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlukan perincian
* sanggup bekerja keras membuatkan individu selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi
* percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu
* kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan
* sentiasa mahu mengikut undang2 dan peraturan sekolah
* memahami dan menghormati pihak berkuasa
* rasa selesa dengan rutin pelajaran
* rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah.

2. personaliti hijau

cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berperinsip, dan berasaskan logik. kata kuncu utama ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

ciri2 khusus

* cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
* cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
* cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna
* bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea
* mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal.
* mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.
* mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.
* mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal
* seorang pemikir konsep yang bebas.
* kerja itu adalah suatu permainan
* sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang
* suka merekacipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan
* apabila telah menyempurnakan sesuatu idea, akan beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama
* seperti lebih tua daripada umur dari segi pemikiran
* fokus individu ialah kepada perkara yang paling diminati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental.
* tidak sabar dengan kaedah pengajaran latih-tubi atau berulang2. suka menyoal guru mahupun orang lain yang ditemui
* berfikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum individu boleh belajar dari mereka.

3. personaliti biru

bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. kata kunci utama ialah memfokus kepada perasaan romantis dan sukakan keharmonian.

ciri2 khusus:

* seorang yang tulen dan meahu merasa dirinya unik.
* seorang yang mudah bersimpati, berperibadi dan selalu mencari makna dalam kehidupan
* inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani
* ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain
* bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan
* mesra, taat menyayangi dan baik hati
* mudah terasa dan lemah lembut
* seorang yang suka berkarya dan memberi ilham
* seorang yang romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif
* seorang yang puitis
* seorang pengasuh dan individu romantis yang semula jadi
* mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
* selalunya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan profesion menolong orang lain
* mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain
* sangat imaginatif
* agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam struktur sekolah
* mahukan pengiktirafan
* tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri
* individu sukakan galakan dan bukannya persaingan. individu tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain

4. personaliti jingga

seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, sukakan keseronokan, suka gurau senda, tabah hati dan tidak takut serta berkemahiran. kata kunci utama ialah suka kebebasan dan mengembara.

ciri2 khusus:

* bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
* menanggap hidup sebagai satu permainan
* cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada
* sukakan keseronokkan dan sesuatu yang memberangsangkan
* sukakan aktiviti yang bersorak persaingan
* tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar
* kadangkala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan
kesan yang mendalam.
* seorang yang realisitik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka.
* gemar kepada pengalaman luar biasa iaitu membahayakan tetapi menyeronokkan.
* sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid, dan mengikut rutin
* berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dan dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.
* seorang performer yang semulajadi
* menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah berbanding pelajar lain
* belajar dengan membuat atau mengalami dan bukaannya dengan membaca atau mendengar
* dalam proses pembelajaran, memerlukan penglihatan fizikal
* dorongan kuat ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokkan.

setelah menjawab soalan ujain personaliti warna, aku dapat score berikut:

personaliti emas: 9/25

personaliti hijau: 22/25

personaliti biru: 22/25

personaliti jingga: 20/25


NI ADELA DI ANTARA YG AKU PYE KALOR LA...AMACAM SALJU DI DANU RINDU...NNT KO TYE LA SOKLAN KAT AKU BLE JPE K..HUHU..

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sun May 24, 2009 6:00 am

letak la soklan dia salju...aku nak tgk personaliti aku ni apa...selain dari gatai laa..baik aku jawab sebelum org lain jawab ..hahaa...tapi aku suka warna biru ..merah...cam ne tu?

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sun May 24, 2009 8:01 am

hadoi... semua nak ek?

aku tak berani jamin ler leh letak soalan tu kat sini atau tak.... aku kena tanya pandangan sipu (tuan haji) dulu ek? kalo dia bagi greenlight insya Allah aku bagi kat korang.



sabar yer kawan2?

Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sun May 24, 2009 10:27 am

ermm di samping akak lina anis pon sedang usaha sebenarnya nak cari soklan2 tu.. bukan sikit kan akak kan bnyk woo kena tick pastu setiap satu soklan nye contohnye "adakah anda suka bangun pagi atau tidak" ha lebih kurang mcm tu la kan akak aek betul ke entah la..tp best haha pastu memang la setiap warna tu ada jumlah markah nya tp yg di ambil kira mrkah yg tertinggi je contoh jingga yg lebih tinggi so org tu tergolong dalam sifat jingga..takkan sifat die sekali semua warna tu :penat:ok contoh die dapat biru 25 emas pon 25 so baru lah dia dalam sifat dua warna tu..tp lau jingga je die dapat 30 contoh n kat warna lain die dapat sikit so auto warna lain tu iggy je erk betul ke aek..? hmm tu kata kaunselor anis la puan siti.. apa2 pon bersabar lah lol! tunggu akak lina dapat kan soklan tu aek

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Mon May 25, 2009 5:42 am

kalau cam tu nak suh anis je lah tick kat kita

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
paklong_baek
senior
senior


Posts : 250
Join date : 2009-05-02
Age : 31
Location : perak-->putrajaya

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Sun May 31, 2009 12:33 pm

biru..biru..biru.. lol!
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Wed Jun 03, 2009 4:06 pm

kawan2....

aku dah jumpa set soalan ujian personaliti warna..

saper yang nak.. korang leh YM aku k? kat id aku, salju_putih.

Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Wed Jun 03, 2009 4:33 pm

lerr awat nye tak post kan jer

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Wed Jun 03, 2009 4:41 pm

post kan kat sini
lbh mudah rasanya..atau set soklan tu pelbagai.. atau terlalu byk soklannnya lain org lain set soklan salju bg ek
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Wed Jun 03, 2009 5:11 pm

selepas menjawab soalan yg salju kasi...ni la luv punya warna...

4. personaliti jingga


seorang
yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka
kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik,
tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman
luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah,
bertindak atas desakan fikiran, sukakan keseronokan, suka gurau senda,
tabah hati dan tidak takut serta berkemahiran. kata kunci utama ialah
suka kebebasan dan mengembara.

ciri2 khusus:

* bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
* menanggap hidup sebagai satu permainan
* cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada
* sukakan keseronokkan dan sesuatu yang memberangsangkan
* sukakan aktiviti yang bersorak persaingan
* tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar
* kadangkala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan
kesan yang mendalam.
* seorang yang realisitik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka.
* gemar kepada pengalaman luar biasa iaitu membahayakan tetapi menyeronokkan.
* sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid, dan mengikut rutin
* berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dan dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.
* seorang performer yang semulajadi
* menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah berbanding pelajar lain
* belajar dengan membuat atau mengalami dan bukaannya dengan membaca atau mendengar
* dalam proses pembelajaran, memerlukan penglihatan fizikal
* dorongan kuat ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokkan.

tq salju....
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: personaliti warna.. jeng jeng jeng!   Today at 10:49 pm

Back to top Go down
 
personaliti warna.. jeng jeng jeng!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.